BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 27, 2009

farish pegi makan sate kajang & masuk wad..huhu

Ni farish nak cerita ni..
Hari tu mummy ajak abah gi makan sate kajang
So kami pun pegi la
Farish suka sangat..sebab ni 1st time farish makan malam kat luar..
Mula-mula tu mummy ajak makan McD..dekat sikit
Tapi last2 tukar lak..farish tak makan pun sate..
Sebab farish kecik lagik
So, farish makan nasi impit dgn timun jek la
Mummy suapkan sikit2 air fresh orange non ais kat farish..
Ramaiii sangat orang masa tu..sebelum balik tu, kami singgah lak kat bazaar tepi kedai tu
Sempat la beli baju kemeja, dgn kasut ala-ala crocs utk farish
Hehe..gambar ben10 lagik..ni tak sabar nak jalan ni
Pastu kami pun balik la…tidooo
Dannnnn….
Pada pukul sabtu kul 4 pagi, farish muntah..
Ingat kot terlekat nasi impit ke..mummy korek2 takde lak
Pastu nenen, nak tido balik..pastu farish muntah lagik..dan lagik..dan lagik..
Mummy & abah dah risau sgt dah
Pagi2 esok tu, pergi la klinik mesra
Doc bagi ubat tahan muntah..tapi dah makan dah, farish still muntah lagik
Dan tambah cirit2 lak…pastu farish dah rasa macam nak demam
Masa ni farish dah agak lembik
Ahad pagi tu, pegi lagik klinik mesra..jumpa doc. Rahaya
Doc bagik ubat demam lak..
Makan2, takde kurang jugak..still lagik muntah, cirit, demam
Mummy dah risauuu sgt..sedih sgt tengok anak kesayangan mummy ni tak larat jek
Mummy buat bubur kurma favourite farish pun, farish taknak makan
Isnin tu, pegi pulak klinik fazliana..dekat rumahdia kata dah kena infection ni..sebab tu sampai demam
Doc. bagi pulak antibiotic Pun sama (doc. Putjaya kata mana boleh makan antiobiotik da…mummy kata dah, tapi abah kata try dulu..ishhkk)..makan dah ubat still jugak muntah, cirit demam..
Petang tu abah & mummy bawak gi poliklinik kerajaan lak kat seri kembangan
Tapi….ramaiiiiiii sgt org..nak tunggu daftar jek pun dah kena tunggu 50 org lebih..baru daftar..tak tunggu jumpa doc lg..then abah kata, kita gi hospital serdang lak..tapi pegi2, dia kata tak amik kes cirit2 nih..amik kes kronik jek…eee..tah apa2..ni geram ni..mummy dah sedih2 sgt dah..terus ajak abah balik dulu..pastu pagi soknya pegi hospital putrajaya
Nasib baik tak ramai sgt org..bagus la hospital putrajaya ni..
Layan pun baik jek..credit to all staf kat sana
Mula doc cek, kena amik darah..mummy & abah tunggu kat luar, takleh tgk farish kena cucuk..
Farish nangissss kuatt..sbb tgk mummy takde..
Mummy kat luar dah nangis2 dah (masa taip ni pun sedih lagi sebab ingat time tu)
Abah try to calm mummy..
Then farish kena masuk air..sbb doc kata farish dah dyhydrate sbb cirit teruk sgt
Ingat tak kena admit, tp kena jgk..sbb doc nak pantau sampai farish betul2 sihat
Takpe la kan..janji farish sihat
Tok nerek pun dgr farish masuk ward, tok terus datang naik bas..sian tok..aki pun kesian tinggal sorang
Nasib baik ayah long & ayah dee duk dekat..bolah la hantar lauk n tengok2kan aki..
Farish duk ward dari hari selasa (14/7/2009) –
jumaat (17/7/2009)
Mummy la yg duk jaga farish
Kena masuk air, kena makan ubat..kena minum ORS (air garam..yarkk..farish tak suka!!)
Nurse2, doc2. Semua baikkk sgt. Mummy kata nanti nak buat cupcakes hantar kat doc n nurse kat sana
Sbb dah jaga farish dengan baik sekali..jumaat farish dah sihatt, dah cergas kembali, dah nak mainnn jek
Pastu doc pon bagi farish keluar..nasib baik..farish taknak la sambut besday kat hospital even semua org kat situ syg farish..sebelum balik farish say TQ kat doc & nurse
Thanks doc arini, doc norehan, nurse2 semua..farish syg jugak semua!
Note: mummy dah serik nak makan luar..mcm mana sekalipun, nak mkn luar ke, mummy akan bw bekal utk farish..dah abah jugak dah beli air minera kat Carrefour every week..taknak minum air paip yg kotor tu lagik.. :D..best la sbb semua org sayang farish!


















0 comments: